AP: Pekema Diingat Tidak Bergantung Kepada Kerajaan

Diterbitkan: Isnin, 17 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kerajaan tidak dapat membantu sampai kiamat berhubung permintaan kajian semula isu penamatan Permit Import (AP) pada Disember 2015 dan caj bayaran RM10,000 bagi setiap pengeluaran AP terbuka, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Sehubungan itu, beliau menasihati Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia (Pekema) agar mencari alternatif lain dalam peluang perniagaan.

"Mereka harus bersyukur dengan apa yang mereka perolehi dan sebaliknya mereka harus pelbagaikan perniagaan mereka.

"Kita tidak perlu bantu sampai kiamat," katanya kepada pemberita di sini malam tadi, semasa mengulas desakan Pekema yang meminta kerajaan mengkaji semula penamatan dasar AP pada Disember 2015 dan caj bayaran RM10,000 bagi setiap pengeluaran AP terbuka.

Penamatan AP dan caj bayaran berkenaan adalah antara langkah yang diperkenalkan kerajaan di dalam Dasar Automatif Negara untuk menjadikan industri automotif negara lebih memberangsangkan selaras dengan Perjanjian Perdagangan Bebas ASEAN (AFTA).

Bagaimana pun, Pekema mempertikaikan pelaksanaan isu AP dan caj itu kerana mendakwa langkah itu disifatkan akan menjejaskan usahawan Bumiputera yang berkecimpung di dalam industri kereta import.

Mustapa berkata pihaknya sudah banyak kali menerima desakan Pekema itu namun kerajaan telah menetapkan pendiriannya.

"Kita sudah banyak kali bercakap mengenai perkara ini dan mereka perlu faham," katanya.

Beliau berkata peniaga kereta import perlu mempelbagaikan perniagaan mereka, anpa perlu bergantung kepada kerajaan untuk mencari keuntungan.

Beliau berkata masih ada peluang pasaran bagi mereka jika mereka benar-benar ingin mendapatkan ruang perniagaan.

Mustapa, yang juga Pengerusi Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan berkata, kerajaan pusat telah memperuntukkan RM37 juta kepada Jabatan Pembangunan Pusat Kelantan (JPPK) bagi pembinaan rumah dan pembaikan rumah untuk 1,792 golongan miskin.

"Projek itu akan bermula pada bulan depan dengan matlamat untuk menghapuskan golongan miskin tegar di negeri ini dengan menyediakan bantuan berkenaan," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan