Tuanku Mizan Saksi Perlawanan Akhir Piala Thomas

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyaksikan perlawanan akhir Kejohanan Piala Thomas di antara China dan Indonesia di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, hari ini.

Seri Paduka, yang diiringi Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah, turut menyampaikan piala kemenangan kepada pasukan China yang muncul juara selepas menewaskan Indonesia 3-0 pada perlawanan itu.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Kira-kira 8,000 orang, kebanyakannya terdiri daripada penyokong Indonesia, membanjiri Stadium Putra untuk menonton perlawanan itu.

Kejohanan bermula Ahad lepas dan disertai 12 negara iaitu China, Indonesia, Malaysia, Denmark, Korea Selatan, Jepun, India, Jerman, Poland, Peru, Nigeria dan Australia. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan