PKR Ipoh Barat Lumpuh 488 Anggotanya Keluar Parti

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Ipoh Barat lumpuh apabila 488 anggotanya termasuk anggota jawatankuasanya (AJK)bertindak keluar daripada parti itu hari ini selepas hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR di peringkat negeri Perak yang didakwa dikuasai orang yang berkepentingan peribadi.

Ketua Cabang PKR Ipoh Barat Fauzi Muda membuat pengisytiharan itu hari ini di kediamannya di Taman Malar, Ulu Kinta di sini.

"Oleh yang demikian dimaklumkan bahawa PKR Cabang Ipoh Barat dengan rasminya dibubarkan setelah 19 daripada 25 anggota AJK cabang yang sah telah mengosongkan jawatan mereka. Antara 19 AJK itu melibatkan 14 orang bertindak keluar parti dan lima orang meletak jawatan," katanya kepada pemberita di sini semalam.

Katanya tindakan keluar parti itu bukan kerana mereka membenci PKR atau mengkhianati perjuangan yang dibawa penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi ia sebenarnya bermatlamat mahu menghancurkan 'syaitan dan firaun kecil' yang sedang bermaharajalela dalam PKR.

Oleh yang demikian beliau meminta PAS dan DAP memikirkan semula kedudukan masing-masing dalam pakatan itu setelah banyak anggota PKR bertindak keluar parti kerana PKR itu sendiri kini tidak mempunyai harga diri dan nilai.

Beliau berkata kesemua borang keluar parti yang telah diisi dan ditandatangani oleh kesemua bekas anggota itu akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR di Petaling Jaya.

Fauzi turut mencabar Naib Pengerusi PKR Perak Madzi Hassan untuk menjelaskan kepada rakyat dan anggota PKR di peringkat akar umbi berhubung skandal penyelewengan wang sumbangan kepada PKR berjumlah RM250,000 yang didakwanya berlaku semasa Madzi menjadi Bendahari PKR Perak pada 2008 dan 2009.

"Skandal penyelewengan wang dana ini menjadi isu hangat dalam mesyuarat negeri pada bulan Disember 2009 sehingga tuduh-menuduh individu tertentu yang didakwa menggelapkan wang tersebut," katanya.

Beliau katanya akan membuat laporan kepada Pendaftar Pertubuhan supaya pihak berkenaan dapat menyiasat penipuan mesyuarat agong cabang baru-baru ini kerana mendakwa banyak cabang yang bermesyuarat walapun tidak mempunyai korum yang mencukupi.

Fauzi berkata beliau kini mewujudkan Pertubuhan Kebajikan dan Tindakan Suara Rakyat Perak yang akan didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan dan ia akan bergerak sebagai platform kebajikan serta politik.

Sebelum ini, pada 20 April lepas Ketua Penerangan Wanita PKR Perak Soraya Sulaiman dan Timbalan Ketua Wanita PKR Bahagian Bagan Serai Roshanita Mohd Basir mengumumkan keluar daripada parti itu kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan tertinggi PKR yang telah jauh tersasar daripada hala tuju sebenar. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan