Pilihan Raya Kecil Sibu: Pengundian Berakhir, Pengiraan Undi Sedang Berlangsung

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Proses pengundian bagi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu berakhir apabila kesemua 45 pusat pengundian tutup pada pukul 5 petang tadi. Proses pengiraan sedang berlangsung dengan penjumlahan undi dilakukan di Dewan Suarah Sibu di sini.

Sepuluh pusat mengundi ditutup pada pukul 1 tengah hari, lima pada pukul 2 petang, enam pada pukul 3 petang, dua pada pukul 4 petang manakala 22 lagi pada pukul 5 petang. Setakat 4 petang, kira-kira 31,119 atau 56.9 peratus pengundi telah keluar mengundi. Pada pilihan raya umum 2008, peratusan mengundi ialah 67 peratus.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, beliau kurang berpuas hati dengan peratusan keluar mengundi yang rendah pada pilihan raya kecil kali ini.

Keputusan pilihan raya dijangka akan diumumkan seawal-awalnya pada pukul 9 malam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sibu, ACP Shafie Ismail berkata, proses pengundian berjalan dengan lancar.

"Tiada sebarang laporan mengenai perlanggaran peraturan pilihan raya. Tiada insiden yang tidak diingini berlaku cuma ejek-mengejek antara penyokong parti bertanding," katanya ketika dihubungi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan