Muhyiddin Lancar Dua Buku Berkaitan Profesion Perguruan

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUANTAN: Sempena sambutan Hari Guru hari ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan dua buah buku berkaitan profesion perguruan di Festival Hari Guru 2010 di pusat membeli-belah East Coast Mall di sini.

Buku yang berjudul "Karekter Guru: Ilmu Diagung, Guru Disanjung" dan "Kerja Bukan Kerana Pangkat" adalah terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Turut hadir isteri Muhyiddin, Puan Sri Norainee Abdul Rahman, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob dan Pengerusi Kumpulan Utusan Melayu Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin.

Buku Karekter Guru menghuraikan pelbagai tajuk berkaitan nilai peribadi yang perlu dimiliki guru dan bakal guru bagi meningkatkan kualiti dan nilai profesion keguruan manakala buku Kerja Kerana Pangkat memuatkan panduan untuk menjadi pekerja cemerlang tanpa mengharapkan ganjaran dan mengejar pangkat.

Pada majlis itu, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran turut memotong kek sempena ulang tahun kelahiran beliau yang ke-63 semalam dan turut melawat gerai-gerai yang mengambil bahagian dalam festival anjuran Kumpulan Utusan itu.

Terdahulu, Muhyiddin merasmikan sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan di Universiti Malaysia Pahang, di sini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan