Malaysia Airlines Tawar Lima Penerbangan Seminggu Ke Auckland - Berita Semasa | mStar

Malaysia Airlines Tawar Lima Penerbangan Seminggu Ke Auckland

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Malaysia Airlines (MAS) menawarkan lima penerbangan terus seminggu dari Kuala Lumpur ke Auckland berikutan permintaan yang meningkat bagi laluan itu.

Pengurus Besar Kanan (Jaringan Penerbangan dan Pengurusan Hasil) MAS Dr Amin Khan berkata syarikat itu telah mengadakan khidmat itu di pasaran New Zealand lebih 20 tahun lalu.

"Pada waktu ini, hubungan baik telah dijalin dalam bidang perniagaan dan percutian dengan pengangkutan udara memainkan peranan penting dalam menghubungkan penumpang antara kedua buah negara," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Amin berkata tempahan awal syarikat itu bagi Auckland bagi suku kedua tahun ini adalah menggalakkan dan mencapai 70 peratus dan tambahan kekerapan ini diperkenalkan bagi memenuhi permintaan itu.

MAS akan menggunakan pesawat 777 dengan 278 tempat duduk bagi perkhidmatan ini yang akan beroperasi setiap Isnin, Rabu, Khamis, Jumaat dan Sabtu.

Para pelanggan boleh menghubungi Malaysia Airlines di pusat panggilan 24 jam di talian 1-300-88-3000 untuk tempahan dan pertanyaan bagi penerbangan terus dan tiket penerbangan bagi penerbangan boleh diperolehi di www.malaysiaairlines.com, pejabat tiket dan ejen tiket yang dilantik. - BERNAMA

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan