KPT Sasar Setahun Untuk Tempoh Penyerapan Kerja Bagi Graduan

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menetapkan masa setahun sebagai tempoh penyerapan bagi para graduan memperoleh pekerjaan selepas mereka tamat pengajian.

Menteri Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tempoh itu adalah lebih pendek berbanding negara lain seperti Australia di mana tempoh penyerapan mereka adalah sehingga dua tahun.

Katanya, Kajian Pengesanan Graduan yang dibuat KPT tahun lepas menunjukkan dalam tempoh tiga bulan selepas menamatkan pengajian, seramai 81,744 atau 52.7 peratus graduan mendapat pekerjaan berbanding 41,514 (26.7 peratus) yang masih belum bekerja.

"Kajian itu juga menunjukkan berlakunya penurunan jumlah pengangguran dalam masa satu tahun selepas menamatkan pengajian bagi graduan di negara ini," katanya pada wartawan selepas majlis perasmian Karnival Kerjaya dan Keusahawanan (K3G) di sini, semalam.

Beliau menganggarkan 200,000 pelajar IPT di seluruh negara tamat pengajian dan memasuki dunia pekerjaan setiap tahun yang mana 72,000 adalah graduan lelaki dan selebihnya wanita.

"Maka isu kebolehdapatan pekerjaan di kalangan graduan merupakan satu cabaran yang diberi perhatian berat oleh kerajaan dan KPT.

"Lebih-lebih lagi terdapat seramai 418,000 rakyat Malaysia yang menganggur pada tahun 2009 dan dari jumlah itu, seramai 41,514 ialah graduan baru," katanya.

Beliau berkata untuk tahun 2009 juga, sektor swasta tempatan merupakan pembekal pekerjaan terbesar dalam negara kepada graduan lulusan institusi pengajian tinggi (IPT) iaitu seramai 30,290 orang sementara sektor kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tempatan masing-masing menawarkan sebanyak 23,530 dan 2,107 pekerjaan kepada graduan.

Graduan yang berjaya mendapat pekerjaan di syarikat multinasional ialah seramai 8,507 orang, katanya.

Justeru, katanya beliau juga akan mencadangkan kepada Kabinet supaya GLC digalak menjadi platform peneraju kepada latihan industri pelajar IPT tempatan.

Sementara itu, mengulas mengenai ranking Universiti Terbaik Asia (AUR) 2010 yang telah menyenaraikan enam IPT tempatan, Khaled berkata KPT berpandangan dapatan tersebut sekadar menunjukkan prestasi universiti berkaitan dalam aspek-aspek tertentu dan terhad sahaja.

"Banyak lagi aspek yang difokuskan oleh universiti di negara kita yang tidak diambil kira dalam penilaian tersebut seperti pembabitan masyarakat dan sumbangan universiti kepada pembangunan masyarakat," katanya.

Tambahnya, eksesais ranking juga tidak menyokong dan mengambil kira kepelbagaian universiti baik daripada segi kapasiti, keupayaan dan tahap kematangannya.

Daripada 200 universiti yang terlibat dalam eksesais AUR itu, Universiti Malaya menduduki tempat ke-42, Universiti Kebangsaan Malaysia di tangga ke-58 manakala Universiti Sains Malaysia di tangga ke-69.

Universiti Putra Malaysia pula menduduki tempat ke-77, dan Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia masing-masing di tangga ke-82 dan ke-159. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan