AP Kapar Terima Ugutan Bunuh, Kereta Disimbah Cat Merah

Diterbitkan: Ahad, 16 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KLANG: Ahli Parlimen Kapar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Manikavasagam mendapati dua kereta miliknya dan isteri yang diletak di rumah di Meru disimbah cat merah pagi ini.

Satu kertas bersaiz A4 bermesejkan ugutan bunuh dikepilkan pada salah satu beg berisi cat tersebut.

Mesejnya berbunyi: "Jangan campur issue pasir. You mati.”

Manikavasagam berkata tiga beg berisi cat merah dibaling dari luar ke anjung dan mengenai dua kereta itu.

Menurutnya, beliau melihat cat itu mengenai keretanya kira-kira 7 pagi selepas bangun.

Beliau percaya serangan tersebut dilakukan selepas ibu mertuanya tidur kira-kira 4 pagi ini.

Sebelum ini, Manikavasagam, mendedahkan kerajaan Selangor kehilangan hasil pendapatan lebih RM10 juta berikutan pembabitan tiga pegawai kanan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), syarikat milik kerajaan negeri dalam kegiatan melombong pasir secara haram.

Katanya, beliau pernah menerima ugutan bunuh melalui panggilan telefon.

iklan

Video

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Kolumnis

iklan

Iklan