Wee Choo Keong Keluar PKR

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong semalam mengisytiharkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) kerana kesal dengan kepimpinan parti itu dan pakatan pembangkang yang gagal mengambil tindakan terhadap skandal pasir di Dengkil, Selangor.

Katanya beliau setakat ini tidak bercadang menyertai mana-mana parti dan akan menjadi anggota Parlimen Bebas.

"Saya mengumumkan keluar parti dan meletakkan jawatan dalam PKR setelah kecewa dengan kepimpinan tertinggi PKR dan Pakatan Rakyat yang gagal mengambil tindakan sewajarnya berkenaan isu pasir di Dengkil.

"Saya merasakan saya tidak boleh lagi menyumbangkan khidmat dalam keadaan sebegini terutamanya isu-isu yang saya sendiri tidak boleh percayai," katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Wee, seorang peguam berkata beliau telah memaklumkan peletakan jawatannya kepada majlis tertinggi PKR.

"Saya tidak bercadang untuk menyertai mana-mana parti politik setakat ini kerana saya ingin menumpukan pembangunan di kawasan saya dulu. Kepentingan rakyat mestilah didahulukan dan bukannya semata-mata untuk tujuan politik," katanya.

Katanya beliau mengambil keputusan keluar parti kerana berpegang pada prinsip menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan anggota pakatan pembangkang sendiri.

Beliau turut menafikan tindakannya keluar parti disebabkan pilihan raya kecil Parlimen Sibu Ahad ini.

"Ini semua tidak berkaitan dengan pilihan raya Sibu kerana saya berpegang kepada prinsip saya yang menentang sekeras-kerasnya rasuah di kalangan ahli Pakatan Rakyat itu sendiri," katanya.

Wee berkata skandal pasir "amat menjelikkan" kerana Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sedar mengenai perkara itu sejak awal Februari tahun ini kerana Ahli Parlimen Puchong Gobind Singh Deo dari DAP telah membuat laporan rasmi kepada anggota Exco kerajaan negeri, Ronnie Liu.

Abdul Khalid tidak mengambil tindakan dan lebih-lebih lagi, apabila dokumen mengenai skandal itu diserahkan kepadanya, "beliau mencabar YB Manikavasagam untuk membuat laporan kepada pihak berkuasa," kata Wee.

Beliau merujuk kepada anggota Parlimen Kapar S.Manikavasagam yang membuat laporan polis semalam terhadap beberapa pengarah sebuah syarikat pasir milik kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB), yang dikawal sepenuhnya oleh kerajaan negeri menerusi pejabat Abdul Khalid selaku Menteri Besar.

Wee turut menyelar penasihat DAP Lim Kit Siang.

"Kita semua tahu yang YB Lim Kit Siang dengan cepat mengeluarkan kenyataan menggesa ditubuhkan Suruhanjaya Diraja berhubung perkara yang beliau anggap sebagai kepentingan awam. Tetapi apabila melibatkan perkara serius seperti ini, orang akan fikir yang YB Lim akan mengambil tindakan ke atas anak didiknya, YB Ronnie Liu, kerana gagal bertindak pada Februari 2010," katanya.

Wee menyertai PKR pada tahun lepas atas pujukan penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan sebelum ini memegang beberapa jawatan seperti timbalan pengerusi PKR Wilayah Persekutuan dan ahli majlis tertinggi parti.

Wee bertanding pada pilihan raya umum 2008 atas tiket PKR dan menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Yew Teong Lok dengan majoriti 150 undi. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan