SPR Jangka 80 Peratus Pemilih Mengundi Esok

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus daripada 54,695 pemilih berdaftar di kawasan Parlimen Sibu akan keluar mengundi pada pilihan raya kecil kawasan itu esok.

Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata proses pengundian bagi pilihan raya kecil itu akan bermula 8 pagi dan ditutup 5 petang.

"Pada pilihan raya umum 2008, jumlah peratusan yang keluar mengundi ialah 68 peratus daripada 53,679 pemilih berdaftar.

"Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca cerah. Tetapi tolong keluar awal untuk mengundi, mana tahu jika hujan pula pada tengah hari," katanya pada sidang akhbar di pusat operasi pilihan raya kecil SPR di Dewan Suarah di sini hari ini.

Abdul Aziz berkata 45 pusat pengundian akan dibuka bagi membolehkan pemilih menunaikan tanggungjawab mereka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

Beliau berkata pusat pengundian yang mempunyai jumlah pengundi terbanyak iaitu 3,484, ialah di Rajang Park Kindergerten dekat sini.

"Jumlah pengundi paling sedikit ialah di SJK(C) Kai Nang di Seberang Ensurai, Batang Rajang, kira-kira sejam perjalanan dari sini iaitu hanya sebanyak 42 pengundi.

"Pusat pengundian paling jauh ialah di SK Sungai Rassau dengan lebih 400 pengundi. Pekerja kami akan berlepas ke pusat itu tengah hari ini dengan bot," katanya.

Beliau berkata kesemua 110 peti undi akan dibawa ke pusat penjumlahan undi di Dewan Suarah sebaik sahaja proses pengundian ditutup.

"Kami menjangka dapat mengumumkan keputusan selewat-lewatnya pada pukul 9 malam," katanya.

Katanya pengundi yang mahu memeriksa pusat pengundian mereka boleh berbuat demikian melalui laman web SPR di www.spr.gov.my atau melalui SMS kepada SPR dengan menaip SEMAK NOMBOR KP dan hantar ke 15888.

Sementara itu, Abdul Aziz yang baru kembali dari England bagi meninjau proses pilihan raya umum di negara itu berkata, tidak seperti di Malaysia, pekerja pilihan raya negara itu perlu bertugas dari 7 pagi hingga 10 malam kerana terdapat pengundi yang memutuskan untuk mengundi pada saat-saat akhir. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan