Pertempuran Kerajaan-Penunjuk Perasaan: Kematian Mencecah 16 Orang

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Keadaan di Bangkok pada pagi ini secara keseluruhannya adalah tenang dengan tiada insiden pertempuran antara pasukan tentera dan kumpulan penunjuk perasaan antikerajaan baju merah kecuali berlaku kejadian berbalas tembakan di Jalan Rajprapop.

Pada kira-kira 9.20 pagi itu, kejadian berbalas tembakan berlaku selama kira-kira 10 minit di jalan itu, mengakibatkan beberapa orang cedera.

Di bahagian lain Bangkok, para penunjuk perasaan hanya membakar sebuah lori sampah dan dua pondok telefon awam. Pada ketika itu anggota tentera tidak mengambil tindakan terhadap penunjuk perasaan berkenaan.

Setakat 12 tengah hari ini, angka kematian mencecah 16 orang dan 141 yang lain cedera dalam pertempuran yang berlaku semalam sehingga tengah malam tadi.

Apa yang bermula sebagai demonstrasi aman kira-kira dua bulan lepas bagi mendesak Parlimen dibubarkan, yang kini bertukar menjadi peperangan dengan anggota tentera yang menggunakan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup manakala para penunjuk perasaan bersenjatakan roket buatan sendiri, bom petrol dan senapang.

Seorang pegawai kanan tentera yang digantung kerja yang dikaitkan dengan kumpulan baju merah, Mej Jen Khattiya Sawasdipol yang juga dikenali sebagai She Daeng masih koma dan bertarung nyawa di Hospital Vajira.

Beliau ditembak di kepala oleh penembak hendap di tapak perhimpunan itu di sini pada Khamis.

Tentera dan polis menafikan penembak hendap itu anggota mereka manakala kerajaan menafikan ada memberikan arahan supaya Khattiya dibunuh.

Pada ketika ini, penunjuk perasaan baju merah masih enggan beredar daripada kawasan yang diduduki mereka seluas tiga kilometer persegi di tengah-tengah pusat bandaraya ini yang menempatkan kompleks beli-belah terkemuka, hotel-hotel lima bintang dan pejabat-pejabat utama.

Pasukan tentera telah mengepung kawasan itu dan menghalang penunjuk perasaan lain dan makanan dibawa masuk ke kawasan perhimpunan itu.

Kebanyakan pertempuran itu berlaku apabila penunjuk perasaan berkenaan cuba merempuh masuk ke kawasan perhimpunan itu atau cuba menghalang pergerakan anggota tentera. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan