Nik Aziz: Wakil Rakyat Lompat Parti "Tidak Akil Baligh Dalam Politik"

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan wakil rakyat yang lompat atau keluar parti sebagai "tidak akil baligh" atau tidak matang dalam politik.

"Akil baligh ini bukan saja semestinya dari segi umur seseorang tapi dalam politikpun ada akil baligh juga. Orang yang lompat parti dan masuk parti politik lain adalah mereka yang tidak akil baligh dalam politik," katanya.

Menteri Besar Kelantan itu mengakui perbuatan itu menjadi amalan biasa dalam politik sekarang dan menurutnya malah di kalangan pemimpin PAS sendiri pernah berlaku keadaan sebegitu ketika di peringkat awal kerana masih belum mengenali perjuangan politik Islam sebenar parti itu.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan program JPM Super Drive Challenge KB 2010, di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, di sini hari ini, ketika diminta mengulas keputusan anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong, mengumumkan keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam.

Mengenai langkah PAS menubuhkan Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) sebagai sayap baru kepada parti itu, Nik Abdul Aziz berkata langkah itu bukan bertujuan menyingkirkan DAP daripada pakatan pembangkang.

"Kita cuba mendekatkan masyarakat bukan Islam melalui DAP dan usaha yang dilakukan PAS ternyata berhasil di mana ramai kalangan bukan Islam, khasnya masyarakat Cina boleh menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS," katanya.

Pengerusi Lujnah Perpaduan Nasional PAS Pusat Dr Mujahid Yusoff Rawa berkata DHPP sebagai sayap baru parti itu akan dilancarkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 23 Mei ini.

Ditanya mengenai kedudukan DAP yang tidak begitu yakin memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, esok, Nik Abdul Aziz berkata kenyataan itu menunjukkan DAP berpegang kepada kenyataan.

"Mungkin juga pemimpin DAP tidak mahu pengundinya panik dalam menghadapi suasana pilihan raya dalam masa terdekat ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan