MARA Perlu Dinaik Taraf, Di Letak Bawah JPM

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Konvensyen Usahawan Melayu 2010 mencadangkan Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang merupakan sebuah agensi kerajaan yang membantu dan membimbing bumiputera menjadi usahawan, dinaik taraf dan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Cadangan itu merupakan antara 52 resolusi yang diserahkan oleh Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) kepada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin di majlis penutup konvensyen itu di sini hari ini.

Menurut Presiden DPMM Syed Ali Alattas, ke semua 70 organisasi yang menghadiri sesi konvensyen selama dua hari itu bersetuju agar cadangan memperkasa dan mentransformasi Mara diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan dan dilaksanakan.

"Di dalam menghadapi fenomena keusahawanan era Model Baru Ekonomi (MBE), kami berharap semua resolusi ini, termasuk memperkasakan MARA dapat diberi pertimbangan sewajarnya oleh kerajaan," katanya pada majlis penutup Konvensyen itu.

Katanya keperluan menaik taraf MARA itu penting kerana ia merupakan agensi kerajaan yang mempunyai akta-akta tertentu yang menjurus kepada mewujud dan menambah usahawan di kalangan Bumiputera bukan sahaja dari segi bantuan kewangan termasuk latihan dan pendidikan di peringkat sekolah dan universiti.

MARA adalah sebuah agensi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang ditubuhkan pada 1 Mac 1966 di bawah Akta Parlimen sebagai sebuah badan berkanun hasil resolusi Kongres Ekonomi Bumiputera pertama pada tahun sebelumnya.

Sebanyak 70 organisasi termasuk badan bukan kerajaan seperti Persatuan Kontraktor Melayu, Persatuan Peniaga-peniaga Kecil Melayu dan Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia serta wakil syarikat berkaitan kerajaan, Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta menghadiri konvesyen ini.

Antara resolusi yang dicadangkan adalah penubuhan "National Employment Institute" yang diharapkan dapat menghasilkan satu standard yang tinggi dalam bidang perundingan dan kajian serta penubuhan Bank Sosial Islam atau 'Qardhul Hassan' dan Bank Model Ekonomi Baru bagi mengatasi masalah Bumiputera dan kaum lain. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan