Kenal Pasti Kelemahan Pasukan Badminton Negara, Kata Perdana Menteri

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) diminta mengenal pasti kelemahan pasukan Piala Thomas Malaysia supaya negara dapat membina sebuah pasukan badminton yang lebih kuat pada masa akan datang.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengutarakan permintaan itu berkata BAM dan pasukan badminton negara mestilah menjadikan kekalahan dengan pasukan China di peringkat separuh akhir kejohanan malam ini sebagai suatu pengajaran, di samping menilai semula segala usaha yang dilakukan selama ini.

"Walaupun harapan dan cita-cita rakyat Malaysia kali ini (untuk merangkul Piala Thomas) tidak kesampaian, saya berharap pasukan Malaysia tidak patah semangat dan terus berjuang untuk meningkatkan prestasi," katanya kepada pemberita selepas menonton perlawanan separuh akhir kejohanan Piala Thomas, Malaysia menentang China, di Stadium Putra di sini semalam.

Turut hadir isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Malaysia tewas kepada China 0-3 dalam perlawanan malam tadi, sekaligus membuatkan pasukan negara gagal ke peringkat akhir.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek melahirkan kekecewaan beliau terhadap persembahan para pemain negara dalam perlawanan tersebut terutamanya aksi perseorangan pertama negara Datuk Lee Chong Wei ketika menentang Lin Dan.

"Semua tahu Lin Dan selalu menjadi cabaran pada Lee Chong Wei, tapi tidak menjangka permainan itu akan menjadi tidak seimbang. Dia adalah pemain nombor satu dunia tetapi Lin Dan dapat meninggalkannya terlalu jauh (dari segi mata)," katanya.

Bagaimanapun Ahmad Shabery berkata Chong Wei mungkin dalam keadaan terlalu tertekan kerana diletakkan harapan tinggi untuk mendapatkan mata pertama negara, justeru tidak dapat menunjukkan tahap permainannya yang sebenar.

"Ini menunjukkan pasukan negara terlalu bergantung kepada seorang pemain sahaja dalam satu pasukan," katanya.

Ekoran kekalahan itu, katanya beliau akan berbincang dengan BAM dan pihak jurulatih mengenai pembangunan sukan badminton negara secara terperinci, termasuk mengenai pembinaan akademi badminton negara yang menurut Ahmad Shabery akan disiapkan secepat mungkin.

"Perlu ada perubahan radikal dalam pembangunan badminton negara, jika tidak negara akan terus kekal sebagai nombor dua atau tiga terbaik sahaja," katanya.

Sementara itu Presiden BAM Datuk Nazdmi Salleh berkata kekalahan pasukan negara malam ini bukan alasan untuk menghukum para jurulatih, sebaliknya ia perlu ditinjau dari sudut mencari peluang untuk meningkatkan lagi kemampuan pasukan negara. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan