Kedutaan Malaysia Di Bangkok Tidak Akan Ditutup - Berita Semasa | mStar

Kedutaan Malaysia Di Bangkok Tidak Akan Ditutup

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Bangkok tidak perlu ditutup kerana ia tidak terjejas dengan kekacauan yang berlaku di ibu negara Thailand itu, kata Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

Semua rakyat Malaysia di Bangkok juga dilaporkan selamat, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Bagaimanapun, katanya pejabat Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia di Bangkok ditutup.

"Rakyat Malaysia perlu mengelak kawasan terlibat, waspada. Hubungi kedutaan sekiranya perlu," katanya. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan