Ilmu Kepenggunaan Supaya Tidak Ditindas

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Rakyat negara ini harus melengkapkan diri dengan ilmu kepenggunaan bagi mengelak dimanipulasi pihak tidak bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata kefahaman sebagai pengguna amat penting kerana melalui ini, rakyat dapat mengetahui hak-hak mereka sebagai pembeli dan boleh mendapatkan pembelaan sekiranya tertindas.

"Masyarakat harus sedar tentang hak-hak mereka sebagai pengguna supaya orang lain tidak boleh mengambil kesempatan terhadap kita.

"Jika masyarakat didedahkan dengan ilmu kepenggunaan, pihak-pihak yang tidak beretika ini akan berhati-hati. Mereka akan takut kerana kuasa membeli yang ada pada kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Seminar Pendidikan Pengguna Belia sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek dan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe.

Muhyiddin berkata masyarakat termasuk golongan belia perlu memahami peranan mereka sebagai pengguna supaya kehidupan mereka tidak "dinodai".

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha dalam melindungi kepentingan pengguna, yang sebahagian besarnya merupakan generasi muda di negara ini.

Bagi tujuan itu, Timbalan Perdana Menteri berkata Akta Perlindungan Pengguna 1999 akan dipinda untuk memperkukuhkan perlindungan kepada pengguna.

Beliau juga berkata pendedahan tentang kefahaman kepenggunaan adalah bertepatan dengan hasrat kerajaan untuk mencapai tahap masyarakat berpendapatan tinggi di bawah Model Baru Ekonomi. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan