Banyak Insentif Menanti Doktor Malaysia Yang Pulang Dari Luar Negara - Liow

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Doktor-doktor warga Malaysia yang kembali ke tanah air tidak lagi perlu berada pada keadaan asal sebaik sahaja mereka pulang dari luar negara sebagaimana yang sering berlaku sebelum ini.

Sebaliknya, mereka yang kembali ke tanah air untuk bekerja dengan Kementerian Kesihatan, akan ditawarkan pelantikan berdasarkan kemasukan pelbagai peringkat iaitu gred UD43, UD47, UD51 atau UD53 bergantung kepada kelulusan dan pengalaman bekerja.

"Apa yang pasti, lebih tinggi kelulusan dan lebih lama pengalaman anda bekerja, anda akan dilantik ke gred yang lebih tinggi," kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai kepada kalangan profesional kesihatan Malaysia dalam satu dialog di London pada Jumaat.

Teks ucapan beliau diperoleh Bernama di sini hari ini.

Liow turut memberitahu hadirin bahawa doktor yang berkhidmat dalam kementerian itu, kini menikmati faedah istimewa dan insentif yang lebih baik berbanding sebelum ini.

"Hinggalah dalam beberapa keadaan, mereka dicemburui oleh doktor, malah doktor daripada sektor swasta sekali pun," katanya.

Sebagai contoh, beliau berkata kementerian kini membenarkan kerja secara sambilan di klinik kesihatan dan jabatan kecemasan selepas waktu pejabat, di mana pegawai perubatan dapat memperoleh pendapatan tambahan RM80 sejam.

Selain itu, katanya kementerian turut meneliti untuk menambah baik elaun 'on-call' yang dinikmati oleh doktor.

Beliau berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini mengumumkan pakej terbaik untuk doktor Malaysia menerusi kenaikan pangkat berdasarkan 'time-based.' "Melalui pakej ini, ia akan membolehkan seseorang doktor, bermula sebagai UD41 'house officer', untuk mencapai gred UD54 dalam masa 12 tahun jika beliau bukan seorang pakar, dan dalam masa sembilan tahun jika beliau adalah pakar," katanya.

Selain faedah istimewa dan peluang kenaikan pangkat, doktor dalam perkhidmatan kerajaan kini menikmati peluang latihan yang lebih baik menerusi peningkatan pengambilan pelatih Open Masters' Programme daripada 400 orang kepada 600 orang sejak 2008, katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan