Ambil Kembali Kedah Biar Dengan Cara Bermaruah

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Barisan Nasional (BN) ada cara sendiri untuk mengambil kembali negeri yang dikuasai parti pembangkang, bukan dengan memujuk wakil rakyat lompat parti menyertai BN, kata Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir.

Katanya BN akan memastikan setiap tindakan yang dilakukan sebelum mengambil semula negeri dikuasai pembangkang mendapat sokongan rakyat.

"Cara ini lebih bermaruah dan yang penting kita mendapat sokongan penuh dan mengembalikan keyakinan rakyat, cara lompat-lompat mungkin boleh ambil negeri tapi belum tentu dapat sokongan," katanya kepada pemberita di sini hari ini mengulas kemelut yang berlaku dalam parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP dan cakap-cakap politik kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah dibubarkan.

Mukhriz, yang juga anggota Parlimen Jerlun, berkata: "Ia hanyalah khabar angin semata-mata, dan tiada tindakan lanjut untuk mengesahkan spekulasi yang berlaku." - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan