19 Pesakit Lagi Disahkan Positif H1N1

Diterbitkan: Sabtu, 15 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejumlah 19 pesakit lagi disahkan positif Influenza A (H1N1) sehingga pukul 5.30 petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul individu yang dijangkiti penyakit itu di seluruh negara ialah 14,326.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata jumlah pesakit dirawat di hospital seluruh negara akibat penyakit serupa influenza (ILI) adalah sebanyak 606 kes.

"Daripada jumlah itu, 80 kes disahkan positif H1N1. Bilangan kes di Unit Rawatan Rapi ialah 12 kes dengan sembilan daripadanya mempunyai faktor risiko," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata sehingga pukul 8 pagi ini, sebanyak empat laporan kejadian kluster ILI dikesan di Kelantan, Negeri Sembilan, Perak dan Selangor.

"Kementerian Kesihatan ingin mengingatkan bahawa penularan jangkitan virus H1N1 cukup mudah berlaku di tempat orang ramai berkumpul atau bersesak-sesak.

"Bagi mengekang penularan ini secara efektif, amat penting bagi mereka yang mempunyai gejala ILI supaya tidak pergi ke tempat tumpuan awam sedemikian," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan