"Saya Tak Kisah" - Taib

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata hari ini beliau tidak kisah bagaimana pembangkang menyerang beliau secara peribadi semasa kempen pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Sibu sekarang.

"Biar mereka cakap apa yang mereka suka. Jika saya seburuk yang mereka katakan, negeri ini tentu telah hanyut lama dulu.

"Rakyat sudah lama mengenali saya. Mereka lebih tahu," kata beliau.

Beliau menyatakan demikian ketika ditemui media selepas melawat Rh.Dick, rumah panjang Iban mengandungi 54-pintu di km 12, Ulu Oya Road di sini.

Menyentuh perkara lain, Taib berkata terpulang kepada masyarakat Cina untuk mengundi siapa dalam pilihan kecil itu.

"Tetapi kita tidak boleh kata mereka tidak akan berlaku adil.

"Saya fikir apa yang adil dan yang benar akan menarik hati mereka. Jika mereka tak kisahkan keadilan atau kebenaran, tidak banyak boleh kita lakukan," kata beliau.

Sementara itu, Abdul Taib berkata rakyat Sibu hendaklah bertanyakan diri mereka sendiri siapa yang mereka lebih percaya untuk membantu mereka dan menjaga kebajikan dan hak mereka.

"Sama ada kerajaan Barisan Nasional atau pembangkang, rakyat adalah hakim terbaik. Tetapi BN sentiasa memenuhi janji yang dibuat, jika tidak 100 peratus, setidak-tidaknya 90 peratus dan kadang kala lebih dari 100 peratus," kata beliau.

Beliau berkata ini juga bergantung pada dana yang ada dan ekonomi dunia.

"BN mempunyai rekod pencapaian cemerlang, tetapi pembangkang akan berkata sebaliknya," kata beliau. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan