NGO Bidas Cara Bank dan Institusi Kewangan Kutip Hutang Daripada Pengguna

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini ini membidas cara yang digunakan oleh pihak bank dan institusi kewangan untuk memungut bayaran tertunggak daripada pengguna menerusi pihak ketiga yang bertindak seperti Ah Long.

Menurut NGO berkenaan terdapat aduan daripada pengguna bahawa mereka menerima ugutan menerusi panggilan telefon daripada syarikat atau ejen pemungut hutang yang dilantik oleh bank.

Penasihat Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Prof Datuk Hamdan Adnan berkata pihak bank dan institusi kewangan tidak wajar menggunakan pihak ketiga yang bertindak seperti Ah Long bagi memperoleh wang daripada pengguna.

"Pihak bank sepatutnya tidak mengupah pihak seperti itu kerana terdapat pelbagai cara lain (untuk memungut bayaran tunggakan), seperti mengupah peguam dan sebagainya," katanya kepada Bernama hari ini.

Beliau berkata pelbagai peraturan dan undang-undang telah ditetapkan bagi pihak bank mengutip hutang daripada pengguna seperti yang digariskan dalam Akta Sewa Beli dan bukan menggunakan pihak ketiga yang bertindak dengan sewenang-wenangnya.

"Tidak ada gunanya undang-undang yang ada kini sekiranya perkara seperti ini gagal ditangani," katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia Datuk Dr Maamor Osman pula meminta Bank Negara mengkaji semula mekanisme yang digunakan oleh bank dan institusi kewangan untuk mengutip hutang daripada pengguna seperti penjadualan semula bayaran.

"Pihak bank tidak wajar menggunakan pihak ketiga yang bertindak seperti Ah Long untuk mengutip hutang dengan membuat panggilan telefon mengugut pengguna," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Kesatuan Pekerja-pekerja Pengangkutan Datuk Zainal Rampak berkata beliau menerima aduan daripada pekerja bahawa mereka diganggu berkali-kali dengan panggilan telefon daripada syarikat pengutip hutang atau ejen yang dilantik oleh bank apabila berlaku kelewatan dalam pembayaran semula hanya membabitkan satu atau dua ansuran sahaja.

"Ada satu kes baru-baru ini apabila seorang pemegang kad kredit yang terlewat membuat bayaran RM7,000, diganggu berkali-kali oleh syarikat pengutip hutang dengan panggilan telefon tidak berhenti-henti dan ugutan untuk melelong rumahnya," katanya.

Zainal berkata berdasarkan keadaan ekonomi semasa, ramai pekerja yang berdepan kesukaran untuk mencukupkan belanja dan bank seharusnya menunjukkan tanggungjawab sosial yang lebih besar serta menggunakan pendekatan yang lebih berperi kemanusiaan untuk memperoleh semula hutang daripada pelanggan mereka.- BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan