Kitab Agama Kristian Versi Bahasa Melayu Masih Disimpan - Berita Semasa | mStar

Kitab Agama Kristian Versi Bahasa Melayu Masih Disimpan

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kitab agama Kristian versi bahasa Melayu yang dirampas oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Mac tahun lepas masih disimpan dengan baik di stor KDN cawangan Pelabuhan Klang, kata Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian berkenaan Datuk Ahmad Fuad Ab. Aziz hari ini.

Dalam satu kenyataan di sini beliau berkata kitab itu masih disimpan sungguhpun notis untuk menuntut kitab itu telah tamat dan tidak diendahkan oleh pengimport.

Beliau memberi jaminan tidak akan mengambil apa-apa tindakan terhadap 5,100 naskah kitab itu yang bertajuk "Al-Kitab Berita Baik" yang dicetak di Indonesia sehingga kes penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam diputuskan oleh mahkamah.

Mengenai pelepasan Al-Kitab di Sarawak, beliau berkata ia adalah dalam situasi yang berbeza kerana melibatkan kitab versi bahasa Indonesia yang telahpun digunakan bertahun-tahun di negeri itu. - BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan