Jangan Biarkan Keharmonian Tergugat: Rais

Diterbitkan: Jumaat, 14 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Penduduk Sarawak tidak seharusnya membiarkan keharmonian hidup berbilang kaum yang terjalin sekian lama tergugat akibat anasir yang cuba memainkan isu agama, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim hari ini.

"Sudah bertahun-tahun lamanya kita hidup aman damai di Malaysia. Kita sudah dapat rasai bantuan yang diberikan. Kita kena berjuang untuk mencapai tahap yang lebih tinggi.

"Untuk itu, kita semua harus menyokong Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya Sarawak boleh terus maju," katanya ketika merasmikan Majlis Makanan Warisan 1Malaysia di Sekolah Kebangsaan Abang Ali di sini.

Lebih 2,000 penduduk sekitar Sibu menghadiri majlis itu yang julung kali diadakan di Sarawak, yang menyajikan makanan tradisional seperti kelupis dengan rendang dan kaya, sago dengan susok unjo, pulut panggang Sarawak, bubur pedas Sarawak, tebaloi dan manok pansoh.

Beliau berkata walaupun penduduk di negara ini tinggal di wilayah yang berbeza dan masing-masing mempunyai amalan tradisinya yang tersendiri, penduduknya tetap bersatu.

"Ini yang kita panggil, dalam kelainan, kita bersatu," katanya.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan