Pelatih PLKN Perlu Periksa Kesihatan Lebih Teliti

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diminta melakukan pemeriksaan kesihatan dengan lebih teliti terutama pelatih perempuan supaya kejadian pelatih melahirkan anak seperti yang berlaku di kem PLKN Ovai, Papar, Sabah semalam tidak berulang lagi.

Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe berkata, pihaknya memandang serius soal pemeriksaan kesihatan pelatih ketika menjalani kesihatan.

"Pelatih-pelatih ini memang menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum mengikuti program tetapi pemeriksaan terperinci perlu dilakukan terhadap mereka," katanya ketika dihubungi Bernama semalam.

Kelmarin seorang pelatih berasal dari Keningau, Sabah yang berusia 18 tahun melahirkan seorang bayi lelaki dalam tandas kem tersebut sebelum ditemui oleh pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untuk mengadakan ujian kehamilan terhadap pelatih perempuan yang menyertai program tersebut.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya memastikan tahap kesihatan anak mereka sebelum menghantar ke program itu agar kejadian sebegitu tidak berulang kembali. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan