KSSB Nafi Dakwaan Minta Manikavasagam Tarik Balik Tuduhan, Mohon Maaf

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Kumpulan Semesta Sdn.Bhd (KSSB) hari ini menafikan dakwaan Ahli Parlimen Kapar, S.Manikavasagam, bahawa wujud amalan rasuah membabitkan pegawai kanan dalam anak syarikat kerajaan negeri itu.

Pengarah Eksekutifnya Ramli Abd Majed, berkata KSSB, yang terlibat dalam aktiviti melombong pasir di negeri itu, mahu Manikavasagam menarik balik dakwaan tersebut dan memohon maaf dalam tempoh 48 jam.

Katanya syarikat itu akan memfailkan saman fitnah terhadap Manikavasagam jika dia gagal berbuat demikian dalam tempoh masa yang diberikan.

"Tuduhan kerugian dan salah urus adalah tindakan bagi merosakkan nama baik syarikat," kata Ramli dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya syarikat itu membuat keuntungan dan melaksanakan dasar-dasar dan garis panduan yang telus bagi mengekang amalan rasuah dan rela memberi kerjasama penuh kepada agensi yang menyiasat bagi membersihkan semua tuduhan tidak berasas itu.

Ramli berpendapat Manikavasagam perlu meletakkan jawatan dan membayar pampasan kepada KSSB kerana mencemarkan nama baik jika syarikat itu didapati bebas daripada semua dakwaan tersebut.

Semalam, Manikavasagam membuat laporan polis berhubung dakwaan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Khalid berkata dakwaan rasuah dalam KSSB itu akan dirujuk kepada Jawatankuasa Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan Selangor (Selcat). - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan