Ketua Polis Perak Ketuai 194 Penerima Darjah Kebesaran Polis

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menganugerahi darjah kepahlawanan dan keberanian Polis kepada 194 penerima di Istana Negara hari ini.

Mengetuai senarai penerima di istiadat itu ialah Ketua Polis Perak, Datuk Zulkifli Abdullah yang dianugerahkan dengan darjah Panglima Setia Pasukan Polis (PSPP).

Tuanku Mizan turut menganugerahi pingat PSPP kepada 22 penerima lain termasuk Ketua Penolong Pengarah D7 (Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hasnan Hassan dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah.

Seramai 52 lagi dianugerahkan dengan pingat Pahlawan Pasukan Polis (PPP), lapan Kesatria Pasukan Polis (KPP) dan 111 Bentara Pasukan Polis (BPP).

Yang turut hadir di istiadat itu ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan