Kerajaan BN Komited Untuk Ubah Nasib Masyarakat Luar Bandar - Najib

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjejakkan kaki di sebuah rumah panjang di lembah Rejang dekat sini hari ini, memberi jaminan bahawa kerajaan Barisan Nasional komited untuk mengubah taraf hidup penduduk luar bandar, terutama di Sarawak dan Sabah.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sedar masyarakat luar bandar memerlukan bantuan untuk mengubah nasib mereka dan hanya Barisan Nasional (BN) sahaja yang mampu berbuat demikian.

Penduduk di luar bandar Sibu perlu membuat pilihan bijak untuk menentukan calon terbaik mewakili mereka sebagai satu jaminan masa depan apabila mengundi Ahad ini, katanya ketika meninjau dan beramah mesra bersama masyarakat Iban di Rumah Sebastian Onggoh, Pasai Besai kira-kira 30 minit darat dari sini.

Kedua-dua Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan dan Tan Sri Alfred Jabu, beberapa menteri persekutuan dan negeri serta calon BN Robert Lau Hui Yew turut hadir pada majlis tersebut.

Pilihan raya kecil itu yang diadakan berikutan kematian penyandang Datuk Robert Lau Hoi Chew menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Hui Yew menentang calon DAP Wong Ho Leng, dan calon Bebas Narawi Haron.

"Pilihan raya kecil ini memberi peluang untuk kita memilih seorang yang kita boleh letakkan harapan untuk menggubah masa depan kita," kata Najib.

Mengenai calon BN, beliau berkata, Hui Yew mempunyai kelulusan tinggi dan sudah mempunyai azam yang kuat untuk menolong semua masyarakat, terutamanya di luar bandar.

"Dia adalah wakil saya. Tiada orang lain tetapi (Robert Lau) Hui Yew yang menjadi wakil BN," katanya sambil menyifatkan beliau sebagai seorang yang komited dalam perjuangan untuk membantu rakyat.

Pada majlis itu, Najib berkata, Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (Felcra) akan membangunkan 6,000 hektar tanah adat bumiputera (NCR)yang terbiar secara komersial berikutan permintaan daripada 2,500 penduduk rumah panjang berkenaan.

Penduduk setempat di kawasan Pasai Siong juga akan menikmati asas infrastruktur yang lebih selesa dengan kenaikan taraf jalan raya di bawah Rancangan Malaysia ke-10 mulai tahun depan dengan jumlah peruntukan sebanyak RM34 juta.

"Kerajaan sedang menimbang kelulusan pada projek ini kerana ia membabitkan kos yang besar," katanya.

Najib berkata, kerajaan BN telah menggariskan pelan luar bandar yang sangat teratur dan tersusun serta berbincang dengan kerajaan negeri untuk mengubah keadaan luar bandar di Sarawak, Sabah dan juga di Semenanjung yang masih ketinggalan. Perdana Menteri kemudian menghadiri jamuan tengah hari bersama penjawat awam di sebuah hotel di bandar Sibu sebelum berlepas pulang ke ibu negara.

Terdahulu, ketua rumah panjang, Sebastian Onggoh, yang mewakili 19 ketua rumah panjang lain, berkata lawatan Najib menunjukkan bahawa Perdana Menteri prihatin dan mengambil berat tentang pembangunan luar bandar.

Sementara itu, Junai Bali, 68, yang mempunyai enam cucu, merasa bangga dan gembira kerana kali pertama Perdana Menteri melawat rumah panjangnya.

Beliau meminta supaya kerajaan dapat menyediakan bekalan air bersih, elekrik 24 jam serta jalan raya di kawasan mereka. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan