Keputusan Sime Darby Selaras Prinsip Urus Niaga Yang Baik - Najib

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Keputusan lembaga pengarah Sime Darby mengarahkan Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulannya (GCE), Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid bercuti, adalah selaras dengan prinsip urus niaga yang baik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Saya tidak boleh komen sangat. Saya cuma boleh komen pada prinsipnya.

"(Tetapi) peranan lembaga pengarah dan pengurusan amat jelas dan apa jua tindakan yang dibuat oleh Sime Darby ini mencerminkan bahawa mereka perlu membuat keputusan yang tegas serta telus.

"Jadi, langkah yang dibuat oleh lembaga pengarah Sime Darby ini adalah selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik," katanya pada sidang media mengumumkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku pertama 2010, di sini hari ini.

Najib berkata semua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bertanggungjawab terhadap prestasi syarikat masing-masing, dan kerajaan sudah pun menggariskan prinsip urus niaga yang baik.

"Kita tidak ada hasrat untuk menutup kerugian atau kelemahan yang berlaku. Ia bertentangan dengan prinsip urus niaga yang baik," katanya.

Sime Darby Bhd hari ini mengumumkan bahawa Ahmad Zubir diarah bercuti sebelum tempoh kontraknya tamat pada 26 Nov, 2010.

Sementara menunggu pelantikan Presiden dan GCE yang baharu, Datuk Azhar Abdul Hamid, yang kini menjawat jawatan Naib Presiden Eksekutif Bahagian Perladangan, dilantik memangku jawatan GCE. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan