Keluarga Aminulrasyid Tidak Akan Desak Polis Mohon Maaf

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: "Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhak untuk menyatakan apa sahaja yang beliau mahu."

Itu luahan Norsiah Mohamad, 61, yang merupakan ibu Aminulrasyid Amzah yang tertembak sehingga meragut nyawa pelajar sekolah yang berumur 15 tahun itu.

Sehubungan itu, katanya, keluarganya tidak akan mendesak agar polis memohon maaf dan menyerahkannya kepada mahkamah untuk membuat keputusan berhubung insiden

"Saya tidak akan mendesak satu permohonan maaf daripada polis. Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berhak untuk menyatakan apa sahaja yang beliau mahu,” katanya di rumahnya di Jalan Makyong 11/2G dekat sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Musa semalam bahawa polis tidak akan memohon maaf atas insiden itu kerana ia mungkin memberi implikasi perundangan kerana kes itu dibicarakan di mahkamah.

Norsiah, yang kecewa dengan kenyataan terbaru daripada polis berkata beliau tidak mahu memberi sebarang ulasan lagi mengenai kes itu.

"Anak saya telah tiada. Dia tidak akan kembali. Saya tidak lagi mahu memberi sebarang komen. Saya telah luahkan apa yang saya ingin katakan,” katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan