Hishammuddin Perlu Jelaskan Dakwaan Raja Perempuan - Tengku Merjan

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Kakanda Sultan Kelantan, Tengku Merjan Almarhum Sultan Yahya Petra meminta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi penjelasan berhubung dakwaan Raja Perempuan Kelantan bahawa baginda dikasari polis.

Ini berikutan laporan sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu yang memetik sumber Istana Mahkota bahawa, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dikasari anggota polis di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini pada Selasa lepas ketika Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM untuk rawatan susulan masalah jantung. Tengku Merjan berkata, pendedahan gambar kecederaan Raja Perempuan Kelantan yang disiarkan akhbar itu hari ini perlu dijelaskan oleh polis untuk mengetahui keadaan sebenar yang berlaku.

"Saya mengharapkan Hishammuddin dapat memberi penjelasan segera insiden anggota polis (didakwa) mengasari Tengku Anis," katanya ketika dihubungi BERNAMA.

Sultan Kelantan dibawa pulang ke Istana Mahkota Isnin lepas setelah menjalani rawatan susulan di HUSM seminggu lepas dan diletakkan di bawah pengawasan 10 doktor panel.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim menafikan dakwaan laporan akhbar berkenaan bahawa Tengku Anis dikasari polis pada Selasa minggu lepas.

Beliau berkata, pihak polis tidak pernah mengasari Raja Perempuan Kelantan dan tiada insiden seperti itu dilaporkan. Amir Hamzah menegaskan dan mengulangi kenyataannya sebelum ini bahawa pihak polis tidak pernah mengasari kerabat Diraja Kelantan.

"Jika berlaku sebarang insiden seharusnya mereka membuat laporan polis agar pihak polis boleh segera menyiasat," katanya ketika dihubungi.

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan