52 Kes Baru H1N1 Dilaporkan Semalam

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sejumlah 52 kes baru Influenza A (H1N1) dilaporkan di seluruh negara sehingga petang semalam, menjadikan jumlah terkumpul kes berkenaan sebanyak 14,524 setakat ini.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sr Dr Mohd Ismail Merican berkata sebanyak 674 kes gejala Penyakit Serupa Influenza (ILI) masih dirawat dan daripada jumlah itu 74 disahkan sebagai H1N1.

Sehingga kini 13 kes masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan sembilan daripadanya dikategorikan sebagai kes berisiko, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mohd Ismail mengingatkan mereka yang mempunyai gejala IlI supaya segera mendapatkan rawatan di klinik berhampiran.

Mengulas mengenai pemberian pelalian H1N1, katanya, ia berdasarkan kepada prinsip "siapa dulu dia dapat" kerana bilangan vaksin yang terhad.

"Sehingga semalam, masih terdapat kira-kira 130,000 baki dos vaksin H1N1 di seluruh negara untuk diberikan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan