3,729 Cek Diserah Kepada Bekas Polis Zaman Darurat

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Sebanyak 3,729 keping cek telah disediakan sebagai Saguhati Khas Kepada Bekas Polis Zaman Darurat seluruh negara sehingga Mei tahun ini.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata jumlah itu adalah sebahagian daripada peruntukan yang diluluskan Jemaah Menteri pada 20 Mei tahun lepas berjumlah RM14,725,000.

Beliau berkata setiap bekas polis akan menerima RM1,000 dan tidak akan menerima pencen dari kerajaan.

"Zaman Darurat di Semenanjung adalah dari tempoh 1948-1962 manakala di Sabah dan Sarawak zaman darurat mereka adalah dari tahun 1962-1974," katanya dalam kenyataan sempena Majlis Ramah Mesra Kementerian Dalam Negeri dan Penyampaian Saguhati Khas kepada Bekas Polis Zaman Darurat 1962-1974 di sini hari ini.

Beliau berkata jumlah peruntukan yang diluluskan itu adalah fasa terakhir selepas pendaftaran ditutup pada 28 Feb 2008.

"Dalam fasa terakhir ini, penerima yang layak berjumlah 14,725 dengan 8,425 penerima berasa di Semenanjung manakala 6,300 penerima lagi berada di Sabah dan Sarawak.

"Tahun lepas kita telah memberikan cek kepada 738 penerima di Terengganu dan Kuala Lumpur manakala 831 cek lagi untuk penerima yang layak di Sarawak, termasuk 58 cek khusus untuk daerah Sibu yang akan disampaikan malam ini," katanya.

Hishammuddin berkata penerima yang layak terdiri daripada pasukan Border Scout (BS), Extra Police Constable (EPC), Auxillary Police (AP), Police Field Force Reservist (PFFR), Contract Inspector, Company North Borneo Army Constabulary dan Special Constabulary (SC).

"Kepada penerima yang layak tetapi belum menerima cek mereka, kami berharap agar mereka bersabar kerana usaha mendapatkan peruntukan daripada kementerian masih berjalan secara beransur-ansur.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan