30,000 Parkir Disediakan Untuk Pengunjung Hari Belia Negara 2010

Diterbitkan: Khamis, 13 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Belia dan Sukan menjangkakan seramai 300,000 orang berkunjung ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di sini sempena sambutan Hari Belia Negara 2010 dari esok hingga Ahad ini.

Sehubungan itu bagi kemudahan pengunjung, kira-kira 30,000 petak parkir awam telah disediakan di Presint 1, 7, 18 dan 20.

Kementerian itu dalam satu kenyataannya hari ini berkata pihak penganjur akan melaksanakan konsep Park ‘n’ Ride sepenuhnya sepanjang acara berlangsung kerana beberapa jalan utama ke Core Island Putrajaya akan ditutup kepada lalu lintas.

“Orang ramai tidak perlu risau kerana tidak kurang daripada 30 buah bas ulang-alik disediakan untuk membawa orang ramai dari lokasi parkir awam ke pusat transit di tapak acara,” katanya.

Sementara itu sebanyak 16 buah trem disediakan di pusat transit secara percuma untuk kemudahan pengunjung bergerak di sekitar tapak acara. — BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan