Zainuddin Maidin Terima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin yang menerima Anugerah Tokoh Melayu Terbilang sempena ulang tahun ke-64 Umno, menyifatkan anugerah itu sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan beliau selama 40 tahun dalam dunia kewartawanan dan dunia politik yang singkat.

Beliau berkata kepimpinan Umno telah menjadikan hidupnya lebih berharga kerana memberi sesuatu yang tidak pernah dicita-citakan sebelum ini.

Zainuddin berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menerima anugerah itu daripada Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis sambutan ulang tahun ke-64 Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini malam Selasa.

"Saya sekali lagi dilimpahi rahmat Allah untuk mendapat apa yang tidak merupakan cita-cita saya dalam hidup saya daripada awal saya jadi wartawan. Kemudian saya tidak ingat nak menjadi ketua pengarang... saya menjadi ketua pengarang.

"Kemudian jadi senator. Setakat itulah saya ingat. Kemudian Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) melantik saya menjadi Setiausaha Parlimen. Setiap tahun saya naik pangkat. Kemudian jadi timbalan menteri dan seterusnya Pak Lah (Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) melantik saya menjadi menteri penuh. Semua ini adalah di luar buku kehidupan saya," katanya penuh kesyukuran.

Zainuddin, 71, berkata anugerah itu juga adalah pengiktirafan kepada Utusan Melayu yang dianggap sebagai universiti beliau.

Ditanya tentang perancangannya selepas ini, Zainuddin berkata beliau tidak mempunyai sebarang perancangan.

"Bagaimanapun saya sedang ditugaskan oleh Utusan Melayu untuk menulis sejarah Utusan Melayu yang perlu disiapkan dalam masa 18 bulan. Saya juga kini menjadi Karyawan Tamu di Institut Tun Dr Mahathir di Universiti Utara Malaysia," katanya.

Zainuddin yang dilahirkan di Kota Kuala Muda Kedah pada tahun 1939, memperoleh Diploma Kewartawanan dari Institute Journalism, Jerman pada tahun 1969 dan Fellowship Kewartawanan Profesional dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat pada tahun 1981.

Beliau juga pernah menjadi ketua pengarang Kumpulan Utusan Melayu sebelum dilantik sebagai senator, setiausaha parlimen, timbalan menteri dan Menteri Penerangan.

Zainuddin terkenal secara provokatif menerusi ruangan pojok "Awang Selamat" dalam Mingguan Malaysia selain turut menentang puak pelampau Melayu dan bukan Melayu.

Beliau turut menulis beberapa buah buku termasuk "Yang Pertama dan Terakhir", "Mahathir Di Sebalik Tabir", "Tun Razak: Jejak Bertapak Seorang Patriot" dan "Wira Tidak Didendang." -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 21 Julai 2017 3:00 PM

Nadzmi Adhwa Bolot Semua 'Job'

Jumaat, 21 Julai 2017 11:09 AM

Lagak Lelaki Ini Seperti…

Jumaat, 21 Julai 2017 9:00 AM

#akuStar: iR Radzi - Cinta Terakhir

Khamis, 20 Julai 2017 3:30 PM

Luahan Ezlynn Beraya Tanpa Zuriat

Khamis, 20 Julai 2017 12:30 PM

Diana Muntah, Mabuk Teruk - Zamarul

Rabu, 19 Julai 2017 5:00 PM

Sauk Jangan Tak Sauk...

Rabu, 19 Julai 2017 3:27 PM

Beraksi 'Ghairah'? OK Je Kalau...

Rabu, 19 Julai 2017 1:20 PM

Ulat Buku Naik Superbike

Kolumnis

iklan

Iklan