Tugas Polis Makin Mencabar: Ketua Polis Terengganu

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata, tugas kepolisan pada masa ini lebih mencabar berikutan kesedaran yang tinggi mengenai hak asasi dan individu yang menuntut Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk mengubah pendekatan dalam melaksanakan tugas.

"Diakui untuk melaksanakan tanggungjawab ini serta mencari keseimbangan antara keadilan dan hak asasi sememangnya menyulitkan khasnya melibatkan penangkapan, penahanan dan soal siasat terhadap penjenayah," katanya.

Tumpuan umum sejak kebelakangan ini mengenai beberapa beberapa insiden yang melibatkan kejadian anggota polis melepaskan tembakan sehingga mengakibatkan kematian telah menimbulkan pelbagai persepsi terhadap pasukan itu, katanya ketika berucap pada majlis perhimpunan bulanan Polis Kontinjen Terengganu di sini hari ini.

Katanya, ia menjadikan polis kini berada dalam kedudukan yang rapuh kepada tohmahan, spekulasi dan persepsi.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan anggota polis supaya tidak menggunakan senjata api kecuali dalam keadaan mempertahankan diri atau orang lain.

Ini kerana peranan penting PDRM adalah melindungi hak asasi manusia dalam melaksanakan amanah dan aspirasi rakyat, katanya.

Mohd Shukri berkata dalam perkara ini tiada undang-undang spesifik yang memberi kuasa kepada polis untuk melepaskan tembakan semasa menjalankan tugas kecuali wujud keadaan di mana nyawa mereka benar-benar terancam.

Sementara itu, dalam perkembangan lain Mohd Shukri berkata polis negeri telah mengambil tindakan ke atas 11 orang anggota pangkat rendah kerana dipercayai terlibat dalam kesalahan penyalahgunaan dadah dalam tempoh empat bulan tahun ini.

Katanya, mereka kini ditahan kerja sementara siasatan selesai dijalankan.

Mohd Shukri berkata dalam tempoh yang sama juga seramai 3,645 orang telah ditahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana kesalahan mengedar, memiliki dan menggunakan dadah.

Katanya nilai rampasan dadah pula sepanjang tempoh itu adalah lebih RM700,000 meningkat sebanyak RM66,933.15 berbanding tampoh yang sama tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan