Polis Minta Kerabat Buat Laporan Jika Dikasari

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Polis Kelantan hari ini memohon kepada mana-mana kerabat diraja yang mendakwa dikasari polis termasuk Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid semasa insiden ditahan di depan Istana Mahkota tempoh hari tampil membuat laporan polis.

Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amir Hamzah Ibrahim bagaimanapun sekali menegaskan tidak berlaku sebarang kekasaran antara pihak polis dan Raja Perempuan.

"Seperti yang saya katakan sebelum ini, tak wujud sebarang kekasaran seperti yang didakwa itu.

"Pihak polis tetap dengan pendirian kita sebelum ini bahawa insiden berkenaan tidak berlaku," katanya kepada mStar Online di sini.

Bagaimanapun beliau berharap pihak berkenaan termasuk Tengku Anis sendiri supaya tampil membuat laporan polis berhubung dakwaan berkenaan untuk siasatan lanjut.

"Sekarang ini hanyalah laporan daripada media, kalau benar Tuanku Raja Perempuan dikasari seperti yang dilaporkan oleh media, pihak polis mohon kepada Tengku Anis supaya tampil membuat laporan polis.

"Tuanku Raja Perempuan boleh kemukakan bukti yang ada supaya pihak polis dapat menjalankan siasatan," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini yang memetik sumber bahawa pihak Istana Mahkota kesal dengan penafian polis negeri berhubung insiden kekasaran terhadap kerabat diraja berkenaan yang mahu menziarahi Sultan Kelantan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Selasa lalu.

Malah laporan itu mendakwa polis mengasari Tengku Anis ketika baginda ingin memasuki wad.

Beberapa keping gambar turut disiarkan kononnya kecederaan yang dialami Tengku Anis bagi membuktikan dakwaan tersebut.

Selain itu ditanya sama ada pihaknya akan menjalankan siasatan berdasarkan laporan akhbar berkenaan, beliau berkata: "Bagi membolehkan sesuatu siasatan dijalankan, kami memerlukan laporan polis secara rasmi.

"Kemudian baru pihak kami akan siasat berdasarkan laporan berkenaan."

Amir berkata semasa Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM, Pemangku Raja Tengku Muhammad Faris Petra telah menitahkan agar kawalan keselamatan dipertingkatkan dan sesiapa yang ingin menziarahi Sultan perlu mendapat perkenan Pemangku Raja.

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Rabu, 13 September 2017 9:00 AM

EKSKLUSIF! Kisah Elizabeth Tan Nak Bunuh Diri

Kolumnis

iklan

Iklan