PM Umum Langkah Kukuhkan Perlindungan Konsumer Kewangan

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan cadangan mengukuhkan perlindungan pengguna kewangan di mana had deposit insurans akan ditingkatkan kepada RM250,000, berkuatkuasa 2011.

Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini pada Selasa berkata yang perdana menteri berhasrat meningkatkan pakej perundangan bagi tujuan memperkukuhkan perlindungan konsumer kewangan untuk rakyat Malaysia.

Kementerian itu berkata yang Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) akan mengemukakan satu rang undang-undang bagi membolehkan kerajaan meningkatkan had insurans deposit.

"Pakej perundangan itu dijangka akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan dan diluluskan sebagai enakmen sebelum akhir tahun ini," katanya.

Ia berkata yang PIDM juga akan memperkenalkan Skim Pampasan Insurans (ICS)yang jelas beserta perundangannya untuk para pemegang polisi insurans dan takaful.

"Ia adalah untuk memastikan pemegang polisi insurans dan takaful menikmati tahap perlindungan konsumer yang sama dengan perlindungan yang diberikan oleh PIDM terhadap para penyimpan di bank perdagangan dan bank Islam.

"Ini jelas menunjukkan komitmen berterusan kerajaan untuk memperkukuhkan perlindungan konsumer kewangan untuk rakyat Malaysia dan memelihara keyakinan awam terhadap sistem kewangan Malaysia," katanya.

Ia berkata memandangkan jaminan deposit kerajaan akan berakhir pada akhir tahun ini seperti yang dijadualkan, pengukuhan perlindungan konsumer melalui pakej ini dapat terus menyediakan lebih perlindungan untuk para penyimpan.

"Berdasarkan had yang baharu ini, 99 peratus daripada penyimpan akan dlindungi sepenuhnya," katanya.

Kementerian berkata skim pampasan insurans yang dicadangkan itu akan ditadbir oleh PIDM dan akan memberikan taraf yang sama di antara industri perbankan dan insurans serta menggalakkan daya saing yang adil kerana pemegang polisi dan para penyimpan dalam kedua-dua industri berkenaan memperolehi perlindungan.

"Skim Pampasan Insurans ini akan memperkukuhkan dan menyumbang kepada keyakinan konsumer kewangan dan seterusnya, menggalakkan permintaan konsumer terhadap produk insurans dan takaful," katanya.

Ia berkata PIDM akan mengadakan rundingan dengan pemegang kepentingan mengenai ciri-ciri utama Skim Pampasan Insurans ini sebelum mengusulkan cadangan berkenaan kepada kerajaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan