Pengeluaran Pasport Dalam Tempoh Sejam Dapat Pujian

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AlOR SETAR: Lebih 1,000 pasport antarabangsa dikeluarkan di Kedah sepanjang tempoh empat hari lepas setelah sistem memproses pasport dalam tempoh sejam selepas bayaran dibuat, dilaksanakan di negeri ini sejak Ahad lalu.

Pengarah Pejabat Imigresen Negeri Kedah, Mohd Zulfikar Ahmad berkata, sehingga pukul 11 pagi ini, sebanyak 344 pasport dikeluarkan di pejabat cawangan Alor Setar, Sungai Petani (337), Kulim (223), Langkawi (54) dan Bukit Kayu Hitam (44).

"Sehingga hari ini, saya masih belum mendapat aduan dari pelanggan tentang kelambatan proses malah mereka amat berpuas hati dengan sistem baru ini," katanya kepada Bernama.

Sistem pengeluaran segera tersebut dilaksanakan di seluruh negara minggu lalu.

Rata-rata pemohon pasport di negeri ini sukacita dengan pelaksanaan sistem tersebut.

Seorang pesara, Mohd Khir Ismail berkata, beliau mengetahui tentang perkara itu setelah membaca akhbar semalam.

"Saya memang berniat untuk membuat pasport hari ini dan saya tidak perlu menunggu lama untuk mendapat pasport saya," katanya.

Warga emas, Aishah Mahmud berkata, beliau pernah membuat pasport satu ketika dahulu untuk menunaikan haji, tetapi mengambil masa beberapa hari untuk siap.

"Hari ini saya boleh dapat pasport dalam sejam dan tidak perlu menunggu lama," katanya yang akan menunaikan umrah minggu depan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan