Malaysia Mungkin Hadapi Masalah Kekurangan Sumber Ikan

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PULAU PINANG: Malaysia berkemungkinan menghadapi masalah kekurangan sumber ikan laut dalam masa 10 tahun sekiranya aktiviti pencerobohan bot pukat tunda di kawasan pantai dibiar berleluasa.

Pengarah Bahagian Perlindungan Sumber, Jabatan Perikanan, Thalatiah Saidin berkata, pencerobohan kawasan pantai yang meliputi kawasan 10 batu nautika akan menjejaskan tangkapan nelayan tradisional dan menyebabkan kepupusan spesies ikan kecil.

"Ini berpunca daripada kegiatan pencerobohan pelbagai jenis bot yang mampu merosakkan sumber makanan itu antaranya pukat tunda, pukat buaya, pukat apollo yang semakin berleluasa," katanya pada sidang akhbar yang turut dihadiri Pengarah Perikanan negeri, Awangku Isa Amjah dan Ketua Pangkalan Utara Perlindungan Sumber, Mohd Amin Awang di sini hari ini.

Thalatiah berkata, Jabatan Perikanan dengan beberapa agensi penguatkuasa lain sedang mengatur strategi termasuk memohon peruntukan untuk menambah bot di setiap negeri bagi membanteras masalah berkenaan.

"Kami juga bercadang untuk meningkatkan jumlah anggota bot penguatkuasa sekiranya peruntukan kami dapat diluluskan oleh kerajaan," katanya.

Beliau berkata, sepanjang tempoh Januari hingga Mei tahun ini, sebanyak 11 kes pencerobohan dilaporkan membabitkan jumlah kompaun RM14,400 dan hasil lelongan makanan RM3,020.

"Antara kes terbaru yang dilaporkan adalah semalam apabila pihak kami berjaya menahan sebuah bot pukat tunda dari Kedah yang menceroboh dan memasuki kawasan di bawah lima batu nautika di Muka Head di sini malam tadi," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan