Kesihatan Sultan Kelantan Baik Tapi Mungkin Tidak Mampu Terus Di Tampuk Takhta

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Tahap kesihatan Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra kini berada dalam keadaan baik dan stabil, bagaimanapun baginda mungkin tidak lagi mempunyai keupayaan meneruskan tugasnya sebagai pemerintah Kelantan.

Menurut sumber terdekat Istana Kelantan, berdasarkan perkembangan tersebut dipercayai peluang Tuanku Ismail untuk kembali pulih sepenuhnya adalah tipis.

"Secara amnya kesihatan baginda menunjukkan peningkatan yang baik berbanding sebelum ini, sekurang-kurangnya baginda boleh menggerakkan tangan dan kaki.

"Tapi agak mustahil untuk melihat baginda pulih seratus-peratus, apa yang pasti kesihatan tuanku adalah baik dan memuaskan," kata sumber berkenaan yang enggan namanya disiarkan di sini Selasa.

Dalam pada itu menurut sumber berkenaan lagi, status sebenar mengenai kesihatan Sultan Kelantan adalah amat penting terutamanya bagi menentukan sama ada kemelut Istana Kelantan akan berakhir atau sebaliknya.

"Dalam keadaan sekarang status sebenar keadaan kesihatan baginda adalah amat penting, semua pihak termasuk rakyat ingin tahu mengenai situasi sebenar.

"Sebab itu saya katakan tadi bahawa hakikatnya kesihatan tuanku adalah baik dan stabil, tapi untuk kembali pulih seperti sediakala adalah mustahil.

"Tuanku pernah mendapat serangan jantung, kesan daripada itu darah tak dapat mengalir dengan baik ke bahagian otak," katanya lagi.

Tambah beliau pada tahap ini, hasil laporan panel perubatan yang menjalankan pemeriksaan terhadap Sultan Kelantan akan menentukan tahap keupayaan baginda untuk mentadbir negeri ini dari sudut perundangan.

"Laporan itu sangat penting, ia akan menjadi penentu dari segi undang-undang sama ada Sultan Kelantan masih berupaya memerintah negeri ini ataupun sebaliknya," katanya.

Sehingga kini, pelbagai persoalan timbul mengenai status sebenar kesihatan Sultan Kelantan terutamanya selepas baginda dibawa pulang ke Kelantan pada 4 Mac lepas setelah menjalani rawatan akibat masalah jantung di Hospital Mount Elizabeth di Singapura sejak Mei tahun lalu.

Malah cubaan Raja Perempuan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid dan anakanda ketiganya, Tengku Muhammad Fakhry Petra untuk membawa baginda kembali menjalani rawatan susulan di Singapura menimbulkan tanda tanya.

Bagaimanapun Sultan Kelantan dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) pada Selasa lalu bagi menjalani rawatan.

Kemasukkan baginda ke HUSM juga membolehkan panel terdiri 11 pakar perubatan dilantik Kerajaan Kelantan dan Malaysia dengan perkenan Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra, buat pertama kali berpeluang melakukan pemeriksaan terhadap Tuanku Ismail sejak dibawa pulang ke negeri ini pada 4 Mac lalu.

Panel pakar perubatan itu bertanggungjawab melakukan pemeriksaan rapi terhadap kesihatan Tuanku Ismail dan laporan mereka akan diserahkan kepada Pemangku Raja.

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Kolumnis

iklan

Iklan