Kanak-Kanak Perlu Sumbangan Pembedahan Jantung

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Pertama kali bertemu dengan adik Norsyahirah Sakri dari Kampung Penghulu Jaafar dekat sini, dia kelihatan seperti kanak-kanak normal lain yang ceria dan mudah didekati.

Namun di sebalik riak ceria kanak-kanak berusia tiga tahun itu, dia sebenarnya menanggung penderitaan akibat penyakit jantung sejak berusia enam bulan.

Anak kepada pasangan Sakri Saad, 39, dan Nor Laila Kasuma Bahari, 29, itu juga sering penat dan kurang selera makan menyebabkan tumbesarannya terjejas dengan berat badan hanya 8.3 kilogram tidak seperti kanak-kanak lain yang seusia dengannya.

Nor Laila Kasuma yang ditemui di rumahnya hari ini berkata, pihak Hospital Tuanku Fauziah (HTF) mengarahkan Syahirah dirujuk ke Institut Jantung Negara(IJN) dan dia dijadual menjalani pembedahan di institut itu pada awal Ogos membabitkan kos RM18,000.

Namun, bagi dirinya yang berpendapatan RM400 sebulan sebagai kerani di sebuah kilang dan suaminya yang hanya seorang petani tanpa pendapatan tetap, amat mengharapkan sumbangan orang ramai bagi membolehkan anak bongsunya itu menjalani pembedahan.

Kini, selain menyara dua lagi anak yang masih bersekolah, mereka perlu membelanjakan RM660 seminggu untuk membeli susu dan kos rawatan anaknya itu.

"Saya ada membuat permohonan untuk mendapatkan bantuan subsidi rawatan di IJN dan pihak IJN bersetuju untuk menanggung kos perbelanjaan rawatan sebanyak RM2, 000.

"Saya harap dengan adanya sumbangan akan membantu menyelesaikan masalah Syahirah kerana apa yang saya dan suami mahu hanyalah untuk melihat dia dapat menjalani kehidupan seperti kanak-kanak lain," katanya dengan penuh harapan.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menghubungi Sakri di talian 017-5466858 atau 012-4039505. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan