Kalimullah Didesak Perjelas Portal The Malaysian Insider

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) sudah mengumpul 80 peratus dokumen dan maklumat mengenai Pengarah Efficient E-Solution Berhad, Datuk Seri Kalimullah Hassan yang didakwa menja portal propembangkang The Malaysian Insider.

Memetik laporan Utusan Malaysia hari ini, Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya akan menyerahksn dokumen lengkap sama ada kepada pihak polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk tindakan selanjutnya.

Menurutnya, selepas ini, terserah kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Kalimullah dan seorang lagi pengarah syarikat itu, Shaikh Kamal Shaikh Alauddin.

“Sesiapa pun boleh menaja mana-mana portal tetapi mengapa mereka menaja laman blog yan memfitnah kerajaan sedangkan mereka mendapat projek besar daripaa kerajaan sebelum ini.

“JMM prihtain dengan kenyataan yang mengutuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak kerana banyak cerits yang dipaparkan hanya fitnah dan ciptaan semata-mata,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Beliau berkata demikian selepas membuat kenyataan mendesak Shaikh Akmal atau Kalimullah mwmberikan penjelasan tentang motif menaja portal ropembangkang itu.

Menurut Azwanddin, JMM melihat perkara itu sebagai satu permainan politik kotor dan kerana itu Kalimullah perlu bertanggungjawab dengan memberi penjelasan kepaa rakyat.

Jika mereka enggan tampil memberi penjelsan terbuka atau bersemuka dengan JMM katanya, kedua-duanya boleh menulis surat kepadanya atau mbembuat laporan polis menafikan tuduhan tersebut.

Azwanddin berkata, Shaikh Akmal dan Kalimullah ialah pengarah bukan bebas dalam Efficient E-Solutuion Berhad dengan VPI International Sdn. Bhd. Dianggap penaja utama portal berita itu.

Menurutnya, penjelsan itu sangat penting kerana The Malaysian Insider dilihat seakan-akan bekerjasama dengan Malaysia Today dan Raja Petra Kamaruddin untuk memburukkan imej kepimpinan negara yang boleh menjejaskan ekonomi Malaysia.

Jelas beliau, pendedahan JMM mengenai dakwaan Kalimullah dan Shaikh Akmal sejak Februari lalu telah mendapat tindak balas daripada banyak pihak termasuk agensi-agensi kerajaan yang tampikl mengemukakan bukti-bukti.

JMM dalam kenyataan pada 20 Mac lalu mendesak Shaikh Akmal tampil memberi penjelasan mengenai hubungannya dengan Kalimullah kerana kedua-duanya mempunyai kepentingan dalam Efficient E-Solution Berhad, syarikat yang mendapat kontrak RM900 juta daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dalam pada itu, beliau memberitahu, JMM ditubuhkan pada 2008 dengan tujuan memantau media Internet disamping mengangkat kaum Melayu dan kini mempunyai 1,000 ahli berusia di bawah 40 tahun.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan