Isu Aminulrasyid: KPN Enggan Ulas Desakan Mohon Maaf

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Ketua Polis Negara Tan Musa Hassan hari ini enggan mengulas permintaan keluarga Aminulrasyid Amzah agar beliau memohon maaf kerana melabelkan remaja berkenaan sebagai “penjenayah”.

Musa berkata, jika beliau berbuat demikian ia akan membawa kepada implikasi perundangan.

“Saya tidak mahu komen kerana ia mempunyai implikasi perundangan,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat ke-2 peringkat tertinggi Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Polis Diraja Malaysia di sini hari ini.

Turut hadir, Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri Ibrahim Jaapar dan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Ismail Omar.

Semalam keluarga Aminulrasyid menuntut pihak berkuasa khususnya polis agar memohon maaf berhubung insiden menimpa pelajar berkenaan.

Bapa saudara Aminulrasyid, Kamarudin Hassan berkata keluarga itu mahukan permohonan maaf secara terbuka daripada Musa atau Kementerian Dalam Negeri yang didakwa telah mencemarkan nama remaja berkenaan.

Pada 26 April lalu, Aminulrasyid telah ditembak pada pukul 2 pagi selepas dia dikatakan cuba mengundurkan kereta yang dipandunya secara berbahaya ke arah pihak polis yang mengejarnya sejauh enam kilometer.

Dalam perkembangan berkaitan, sebuah akhbar tempatan hari ini melaporkan permohonan maaf adalah antara beberapa langkah yang dicadangkan oleh panel khas yang ditubuhkan oleh Kementerian dalam Negeri bagi menyiasat kejadian itu.

Akhbar itu turut mendakwa bahawa cadangan lain yang dikemukakan oleh panel berkenaan termasuk Perintah Tetap Ketua Polis (IGSO) mengenai peraturan penggunaan senjata api perlu dimaklumkan kepada umum.

Ditanya mengenai perkara tersebut, Musa juga enggan mengulas.

"Saya belum terima laporan panel itu, jadi saya tidak boleh komen mengenainya," katanya.

Ditanya secara khusus sama ada beliau secara peribadi setuju IGSO tidak dirahsiakan, Musa menjawab: "Saya tak kisah".

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan