Benjy Didakwa Lagi Dengan Dua Pertuduhan Miliki Dadah

Diterbitkan: Rabu, 12 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy 32, hari ini didakwa lagi di Mahkamah Majistret di sini dengan dua pertuduhan tambahan memiliki dadah jenis methamphetamine juga dikenali "syabu" dan memasukkan dadah yang sama ke dalam badannya, dua bulan lepas.

Benjy yang kini ditahan di Pusat Pemulihan Akhlak (PPA), Muar, Johor, selama dua tahun bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Hafizza Sauni.

Bagi pertuduhan tambahan pertama, Benjy didakwa memiliki 0.14 gram dadah itu di alamat C-13-6, Vista Mutiara, Jalan Vista Mutiara, Off Jalan Ambong Kiri, Kepong Baru di sini pada 3 petang, 11 Mac lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi pertuduhan tambahan kedua, Benjy didakwa memasukkan ke dalam badannya methamphetamine di pejabat Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur pada 8.24 pagi, 15 Mac lepas.

Pelakon itu didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta yang sama Pindaan (A1167/2002) yang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah Seksyen 38B Akta yang sama tidak kurang dari dua tahun dan tidak lebih dari tiga tahun.

Peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy kemudiannya memohon agar jaminan terhadap Benjy sebelum ini iaitu RM2,000 dikekalkan.

Timbalan Pendakwa Raya Nurmardiana Mamat berkata tiada bantahan mengenai jaminan itu dan pihaknya tidak bercadang untuk menambah wang jaminan tersebut.

Sebelum ini, anak lelaki tunggal seniwati Azean Irdawaty itu mengaku tidak bersalah memiliki 0.24gm methamphetamine di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B, off Jalan Segambut di sini pada 4 petang 11 Mac.

Dia bebaskan dengan jaminan RM2,000 dengan seorang penjamin namun selepas Azean membayar jaminan itu, Benjy ditahan semula kerana disyaki terbabit dalam pengedaran dadah.

Pada 8 April lalu, Benjy menfailkan permohonan habeas corpus di Mahkamah Tinggi supaya dia dibebaskan segera daripada ditahan mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985.

Bagaimanapun Rabu lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan habeas corpus Benjy dan pelakon itu diarahkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) ditahan ke PPA selama dua tahun yang mana Benjy ditahan mengikut Seksyen 6(1) Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas - LLPK) 1985.

Hafizza kemudiannya menetapkan tarikh perbicaraan kes pada 18 hingga 20 Ogos ini.

Sementara itu, Azean ketika ditemui pemberita untuk mendapatkan komennya mengenai pertuduhan tambahan yang dikenakan ke atas anaknya itu hanya mampu berkata ia sebagai sesuatu yang tidak masuk akal.

"Tak masuk akal, drama kat luar lagi dramatik dari drama kat dalam tv (televisyen)," katanya sambil berlalu pergi. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Kolumnis

iklan

Iklan