Permohonan Pegawai Penyiasat SPRM Fasih Mandarin Dilanjut Hingga Jumaat

Diterbitkan: Selasa, 11 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melanjutkan tarikh permohonan bagi jawatan pegawai dan penolong pegawai siasatan yang fasih bahasa Mandarin sehingga Jumaat ini berikutan sambutan ramai.

"Sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh para graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda mahupun Diploma adalah sangat memberangsangkan malah sehingga kini, SPRM masih menerima permohonan melalui panggilan telefon mahupun e-mail," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurus dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar dalam kenyataan semalam.

Kelmarin, satu sesi taklimat kerjaya SPRM yang diadakan oleh Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia di sini mendapat sambutan baik apabila 405 orang datang untuk memohon bagi pengambilan terus 40 jawatan pegawai dan penolong pegawai siasatan SPRM yang fasih berbahasa Mandarin.

Zakaria berkata sehingga pukul 2 petang semalam, pihaknya telah menerima 431 permohonan yang terdiri daripada 426 pemohon kaum Cina, empat orang dari kaum Melayu dan seorang dari kaum India.

Dari jumlah permohonan itu, 358 pemohon mempunyai Ijazah Sarjana Muda, 55 Diploma dan 18 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau berkata hanya mereka yang mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin serta mempunyai kelayakan Diploma dan ke atas yang diiktiraf dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam dan swasta sahaja akan dipertimbangkan.

Semua permohonan perlu mendaftar secara talian (online) dengan mengisi borang terkini melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat www.spa.gov.my dan pengambilan adalah lantikan secara kontrak yang tertakluk di bawah bidang kuasa SPA.

Semakan boleh dibuat dengan menghubungi JPA di talian 03-8885 3000 atau 03- 8885 4000 atau melayari laman web rasmi JPA di alamat www.jpa.gov.my atau laman web rasmi SPA di alamat www.spa.gov.my.

Pemohon juga perlu mengemukakan butiran, salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar bersaiz pasport dan salinan sijil akademik yang diperakukan sah kepada SPRM di alamat Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 600, 62007, Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan