Pengundi Cina Sibu Beri Maklum Balas Positif BN - Tee Keat

Diterbitkan: Selasa, 11 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SIBU: Masyarakat Cina di sini memberi maklum balas kepada Barisan Nasional (BN) pada kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu, kata bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat.

Meskipun hanya menyertai kempen semalam, Ong berkata beliau dapat merasai sokongan itu semasa melakukan tinjauan mesra di kawasan Cina di sini.

"Daripada maklum balas yang kami terima, ia memberi kami beberapa petunjuk siapa yang bersama-sama kami (BN) dan siapa yang tidak. Tetapi masih terlalu awal untuk membuat sebarang kesimpulan," katanya pada satu sidang akhbar selepas mengadakan dialog dengan para pengusaha lori, bas dan pemandu teksi di sini hari ini.

Beliau berkata masih terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan BN semasa tempoh berkempen bagi mendapatkan sokongan daripada pengundi Cina, yang merupakan 66.7 peratus pengundi di Sibu.

"Walaupun kami mungkin tahu kawasan "putih" dan "kelabu", kami masih memerlukan beberapa hari lagi untuk meyakinkan pemilih untuk mengundi calon BN dan menyangkal dakwaan parti pembangkang," kata beliau.

Mengenai sesi dialog itu, Ong, yang juga Menteri Pengangkutan, berkata ia adalah inisiatif kementerian untuk mendengar masalah-masalah yang dihadapi di peringkat akar umbi dan di Sibu, tindakan seumpamanya dilakukan oleh Timbalan Menteri Pengangkutan sebelum ini, mendiang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Anggota Parlimen Sibu.

"Ia dilakukan bukan kerana Sibu sedang menghadapi pilihan raya kecil. Kami sentiasa peka dengan keperluan rakyat selama ini dan melakukan yang terbaik untuk menyelesaikannya," kata beliau.

Semasa dialog itu, wakil-wakil persatuan membangkitkan beberapa permohonan dan menyuarakan masalah dihadapi semasa melakukan operasi mereka.

Semalam, Ong mengadakan sesi dialog dengan kumpulan peniaga dalam industri maritim Sibu.

Pilihan raya kecil Sibu pada Ahad ini diadakan kerana kematian Lau pada 9 April akibat barah hati.

Calon BN, Robert Lau Hui Yew, atau lebih dikenali sebagai Robert Lau Junior. Beliau akan berhadapan calon DAP Wong Ho Leng dan calon Bebas, Narawi Haron, pada pilihan raya kecil itu. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan