Najib Lepaskan Ekspedisi Kembara Ke Bumi Suci 2010

Diterbitkan: Selasa, 11 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak hari ini melepaskan pengembaraan Ekspedisi Kembara Ke Bumi Suci 2010 bersempena dengan ulang tahun Umno yang ke-64.

Beliau melepaskan konvoi tersebut tepat pada pukul 7.10 malam di hadapan Ibu Pejabat Umno, di sini hari ini.

Turut hadir, Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin; Naib Presiden, Datuk Seri Shafie Apdal; Setiusaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor; Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil dan Ketua Pemuda Umno,Khairy Jamaluddin.

Seramai 11 penunggang motosikal berkuasa tinggi menyertai ekspedisi itu manakala 4 ahli lagi menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda akan merentasi 11 buah negara.

Antara negara yang akan dilawati ialah, Thailand, Laos, China, Kyrgzstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Turkey, Syria, Jordan dan Saudi Arabia.

Ekspedisi ini memakan masa 52 hari akan berakhir di Mekah, Arab Saudi pada 5 Julai depan dengan para peserta mengerjakan umrah.

Menurut Ketua Ekspedisi Mohamed Assir Mohamed Ariff, ekspedisi tersebut merupakan pengembaraan merentasi benua ke Mekah dengan menggunakan motosikal merupakan yang pertama di negara ini.

"Ia merupakan satu perjalanan yang mencabar, sukar dan menguji ketahanan manusia dan kenderaan, dari segi perubahan cuaca yang mendadak dan keadaan yang pelbagai.

"Perjalanan ke Mekah tidak pernah dilakukan dengan menggunakan motosikal dan insya-Allah kami akan menjadi yang pertama melakukannya," katanya.

Beliau berkata ahli ekspedisi ini akan menunaikan ibadat umrah sebaik sahaja tiba di Mekah.

Selain daripada itu, Mohamed Assir berkata ahli ekspedisi akan melawat beberapa bandar dan berhenti solat di 45 buah masjid yang terkemuka pada zaman kegemilangan Islam sepanjang ekspedisi mereka.

Jelasnya, perkembangan mengenai ekspedisi Kembara ke Bumi Suci 2010 boleh diikuti melalui laman sesawang, www.israqadventure.com.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan