Melayu Bangkit: PAS Bantah Pemilihan Tarikh 13 Mei

Diterbitkan: Selasa, 11 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: PAS membantah pemilihan tarikh 13 Mei iaitu ulang tahun peristiwa berdarah sebagai hari perhimpunan program Melayu Bangkit dan menyifatkan tindakan itu boleh menjejaskan hubungan perpaduan antara kaum di negara ini.

Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendakwa program anjuran bersama Gerakan Kebangkitan Rakyat (GERTAK) dengan kerjasama Institut Integrti Terengganu memilih tarikh berkenaan bagi membangkitkan semangat orang Melayu dan mengenang kembali peristiwa rusuhan kaum itu.

“Tarikh 13 Mei tidak perlu dan tidak wajar diadakan di persada tanah air kita yang sudah merdeka lebih 50 tahun. Apatah lagi ketika kerajaan menggerakkan gagasan 1Malaysia.

"PAS melihat ia tidak bertamadun serta bertentangan dengan dasar Malaysia dan 1Malaysia yang menuntut kesaksamaan, semua bangsa bertamadun di negara ini tidak mahu perkara itu (13 Mei) berulang kembali,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Kelmarin, akhbar tempatan melaporkan kira-kira 10,000 orang termasuk ahli-ahli 45 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu dijangka menyertai program itu untuk membincangkan beberapa isu termasuk Dasar Ekonomi Baru (DEB), Wawasan 2020 dan perbincangan bagi penyatuan orang Melayu secara khususnya.

Pengerusi Gertak, Razali Idris, berkata pemilihan tarikh 13 Mei bertujuan untuk membangkitkan kesedaran orang Melayu dan mengenang peristiwa berdarah yang pernah berlaku pada tarikh terbabit.

Salahuddin juga mendakwa tarikh 13 Mei itu adalah agenda politik sempit Umno bagi memainkan isu perkauman untuk memastikan undi masyarakat Melayu kepada parti itu tidak terhakis.

Sementara itu, mengulas mengenai cadangan Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mahu kekebalan Ahli Parlimen berbahas di Parlimen dimansuhkan.

Katanya, beliau bersetuju dengan cadangan itu sekiranya akta kontroversi seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Rahsia Rasmi (OSA) juga turut dimansuhkan.

"Apa yang kita bercakap di dalam Parlimen kita berani cakap di luar Parlimen, hendak hapus imuniti Ahli Parlimen boleh dengan syarat hapuskan juga ISA dan OSA,” katanya.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan