Malaysia Bukan Negara Kuku Besi, Kata Dr Mahathir

Diterbitkan: Selasa, 11 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini menolak dakwaan pemimpin pembangkang bahawa Malaysia adalah sebuah negara kuku besi kerana pembangkang tidak mampu membentuk sebuah kerajaan.

"Pembangkang kata kita adalah sebuah negara kuku besi kerana mempunyai parti sama memerintah negara sejak kemerdekaan tetapi kita melihat pembangkang mempunyai peluang untuk menang di semua peringkat pilihan raya.

"Mereka juga mAmpu membentuk kerajaan (di beberapa negeri). Ini memuktikan Malaysia adalah sebuah negara demokrasi kerana pembangkang sebenarnya boleh menang," katanya semasa menyampaikan cermah bertajuk "Peneraju Tadbir Urus - Imbasan Pengalaman Malaysia" di sini hari ini.

Ceramah ulang tahun ke-50 itu anjuran Institut Setiausaha dan Pentadbiran Berkanun Malaysia.

Dr Mahathir juga menekakan pentingnya Barisan Nasional (BN) menguasai semula dua pertiga majoriti di Parlimen supaya memiliki kuasa seimbang agar dapat mentadbir negara tanpa banyak halangan daripada pembangkang.

"Memiliki majoriti dua pertiga juga penting kerana ia mengimbangi kuasa menentang oleh pembangkang dan kuasa kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai parti pemerintah," katanya.

Dr Mahathir berkata seorang pemimpin cemerlang bukan sahaja mempunyai idea bernas tetapi juga tahu bagaimana melaksanakan idea tersebut.

"Misalnya, pelabuhan kita, kita bina kemudahan yang amat baik di Pelabuhan Klang dan berbelanja berbilion ringgit untuk membinanya. Jadi kajian dilakukan dan mendapati sejumlah satu juta unit kontena atau bersamaan dua puluh kaki (TEU) dikendalikan di semua pelabuhan di Malaysia.

"Kami bertanya bagaimana Singapura mengendali 12 juta TEU...ini sudah pasti tidak betul, kami membelanja banyak wang untuk membina pelabuhan dan namum ia tidak berfungsi.

"Jadi kami beritahu menteri berkenaan supaya turun padang dan melihat pelabuhan sama ada ia berfungsi secara betul atau tidak...jika ada masalah biar kita selesaikan.

"Jika ia tidak cekap biarkan kita menjadikan pelabuhan kita cekap dan efisen dan hari ini kita mengendalikan kira-kira 15 juta TEU di semua pelabuhan di negara ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan