Permohonan Pegawai Penyiasat SPRM Fasih Mandarin Dilanjut Hingga Jumaat

Diterbitkan: Isnin, 10 Mei 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah melanjutkan tarikh permohonan bagi jawatan pegawai dan penolong pegawai siasatan yang fasih bahasa Mandarin sehingga Jumaat ini berikutan sambutan ramai.

"Sokongan dan minat yang ditunjukkan oleh para graduan lepasan Ijazah Sarjana Muda mahupun Diploma adalah sangat memberangsangkan malah sehingga kini, SPRM masih menerima permohonan melalui panggilan telefon mahupun e-mail," kata Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurus dan Profesionalisme) SPRM Datuk Zakaria Jaafar dalam kenyataan hari ini.

Semalam, satu sesi taklimat kerjaya SPRM yang diadakan oleh Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia di sini mendapat sambutan baik apabila 405 orang datang untuk memohon bagi pengambilan terus 40 jawatan pegawai dan penolong pegawai siasatan SPRM yang fasih berbahasa Mandarin.

Zakaria berkata sehingga pukul 2 petang semalam, pihaknya telah menerima 431 permohonan yang terdiri daripada 426 pemohon kaum Cina, empat orang dari kaum Melayu dan seorang dari kaum India.

Dari jumlah permohonan itu, 358 pemohon mempunyai Ijazah Sarjana Muda, 55 Diploma dan 18 Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia dan Sijil Pelajaran Malaysia.

Beliau berkata hanya mereka yang mempunyai kemahiran bertutur dan menulis dalam bahasa Mandarin serta mempunyai kelayakan Diploma dan ke atas yang diiktiraf dari mana-mana institusi pengajian tinggi awam dan swasta sahaja akan dipertimbangkan.

Semua permohonan perlu mendaftar secara talian (online) dengan mengisi borang terkini melalui laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di alamat www.spa.gov.my dan pengambilan adalah lantikan secara kontrak yang tertakluk di bawah bidang kuasa SPA.

Semakan boleh dibuat dengan menghubungi JPA di talian 03-8885 3000 atau 03- 8885 4000 atau melayari laman web rasmi JPA di alamat www.jpa.gov.my atau laman web rasmi SPA di alamat www.spa.gov.my.

Pemohon juga perlu mengemukakan butiran, salinan kad pengenalan beserta dua keping gambar bersaiz pasport dan salinan sijil akademik yang diperakukan sah kepada SPRM di alamat Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Ibu Pejabat SPRM, Blok D6, Kompleks D, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Peti Surat 600, 62007, Putrajaya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan